Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 orang ditangkap, dadah bernilai $1.2j dirampas dalam operasi CNB

Oct 09, 2020 | 08:32 PM



SERAMAI 11 individu yang disyaki pesalah dadah telah ditangkap dalam serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 7 dan 8 Oktober lalu.



Dadah bernilai sekitar $1.2 juta turut dirampas.



Mereka yang ditangkap di beberapa lokasi di Singapura itu termasuk di Jalan Selamat di Kembangan dan Lorong Limau terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 20 dengan 54 tahun, kata CNB dalam kenyataan pada Jumaat (9 Okt).



Dalam serbuan itu, pegawai CNB merampas sekitar 3,651 gram 'Ice,' 256 gram dadah heroin,  sekitar 910 gram ganja, 398 gram ketamin, 76 pil ‘Ecstasy’ dan sebanyak 555 pil Erimin-5.



Wang tunai berjumlah $15,785 juga diperoleh semasa operasi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >