Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 stesen MRT baru Laluan Thomson-East Coast beroperasi sepenuhnya

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA kini menjadi lebih mudah diakses setelah 11 stesen MRT baru sepanjang Laluan Thomson-East Coast (TEL) mula beroperasi sepenuhnya semalam.



Stesen tersebut membentuk fasa ketiga pembinaan TEL, atau TEL3, dan merangkumi Stevens, Napier, Orchard Boulevard, Orchard, Great World, Havelock, Outram Park, Maxwell, Shenton Way, Marina Bay dan Gardens by the Bay.



Ia adalah sambungan daripada laluan TEL1 sepanjang 3.2 kilometer (km), melibatkan tiga stesen - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South yang mula Januari 2020.



TEL2 sepanjang 13km beroperasi sejak Ogos 2021 melibatkan enam stesen - Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott.



Sejak awal pagi semalam, para penumpang memanfaatkan khidmat laluan itu, yang menghubungkan penduduk dari bahagian utara negara ini, di kawasan Woodlands, ke kawasan pusat bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >