Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

11 syarikat ganding bahu bantu penghuni flat sewa Geylang Serai

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



BERGANDING bahu membantu keluarga memerlukan yang tinggal di flat sewa sempena Ramadan.



Itulah yang dilakukan 11 syarikat tempatan dengan kerjasama M³@Geylang Serai dan MUDA.SG bagi penghuni flat sewa di Eunos Crescent dan Haig Road dalam kawasan Geylang Serai.



Syarikat terlibat dalam usaha menymbang barang keperluan dapur itu ialah Car 1 Motoring, Hafary Holdings, Finesse Advisory, Erzat Lee Motor and Tyres, Tuscani Italy, Taj Spices, MAMU'S, Hua Khian Company Pte Ltd, D&B Construction, ZEYN Advisory dan MIM Painting Construction.



Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turun padang menyertai para relawan mengagih 1,000 kotak barang keperluan dapur itu pada pada 8 April.



Mengulas tentang usaha itu, Encik Syahiran Rohajat, Pengarah MSR Interior Design Pte Ltd yang juga ketua projek amal itu, berkata beliau amat bersyukur mengenai sokongan menggalakkan daripada syarikat-syarikat tersebut.



"Bagi pihak MSR Interior Design, kami sentiasa berusaha memberi kembali kepada masyarakat yang telah memberikan sokongan kepada kami selama ini. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kami ingin meningkatkan dan menyokong golongan lemah dalam masyarakat kita menerusi usaha ini.



"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang menaja dan sukarelawan yang membantu menjayakan program ini, termasuk M³@Geylang Serai dan Muda.SG, yang bekerjasama dengan kami," kata Encik Syahiran.



Pengarah Car 1 Motoring, Encik Syafiq Rohajat, pula berkata: "Saya harap habuan ini dapat sedikit sebanyak membantu keluarga-keluarga ini sedang mereka menghadapi kegawatan ekonomi dan masa yang sukar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >