Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 warga berusia antara 56 dan 90 tahun meninggal dunia kerana Covid-19; 3,703 kes baru dilaporkan

Oct 10, 2021 | 06:59 AM



ANGKA kematian Covid-19 di Singapura meningkat kepada 153 orang setelah 11 orang lagi, berusia antara 56 dengan  90 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi  berkaitan dengan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH)  pada  Sabtu malam (9 Okt).

Ini adalah jumlah kematian tertinggi  dilaporkan dalam satu hari. Lima adalah lelaki dan enam wanita, semuanya warga Singapura.

Empat sudah diberi vaksin sepenuhnya, tiga diberi vaksin sebahagiannya, dan empat lagi tidak divaksinasi.

Semua, kecuali satu, mempunyai keadaan perubatan lain, kata MOH tanpa memberi keterangan  lanjut.





Di kalangan mereka  adalah seorang wanita berusia 56 tahun yang telah divaksinasi sebahagiannya terhadap virus itu dan mengalami pelbagai penyakit.

Sabtu adalah hari ke-20 berturut-turut kes  kematian akibat Covid-19 dilaporkan.

Secara keseluruhan, terdapat 3,703 jangkitan Covid-19 baru  dilaporkan, kata MOH, merangkumi 2,868 kes baru dalam masyarakat, 832 di asrama pekerja hijrahan  dan tiga kes yang diimport.





Ini adalah hari kelima berturut-turut  kes telah melebihi 3,000, dan terdapat 113 lebih banyak jangkitan daripada 3,590 pada hari sebelumnya.

Kes tempatan merangkumi 611 orang di atas usia 60 tahun.

Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 124,157.

Pada  Sabtu, terdapat 15,606 orang menjalani pemulihan rumah, 2,875 di kemudahan rawatan masyarakat dan 360 di kemudahan rawatan.

Terdapat 1,569 kes di hospital – lima lebih banyak berbanding  Jumaat. Sebanyak 302 pesakit memerlukan sokongan oksigen, dengan 40 di unit jagaan rapi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >