Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

119 penyu menetas di pantai S'pura

Sep 30, 2018 | 05:30 AM



DI bawah sinaran cahaya purnama yang menyinari kesamaran malam, Selasa lalu, 44 penyu hawksbill yang baru sahaja dilahirkan melihat dunia buat kali pertama.



Didorong naluri kehaiwanan, mereka menuju ke arah perairan berdekatan.



Meskipun kebanyakan mereka dipercayai tidak mampu bertahan sehingga usia dewasa, beberapa ekor yang masih hidup dijangka membiak untuk memastikan spesies yang terancam itu akan terus wujud.



Sebelum itu pada sebelah siang, 75 penyu menetas dari sarang yang sama.



Ia membuatkan jumlah keseluruhan yang muncul Selasa itu mencecah angka 119.



Penyu itu adalah dari salah satu daripada dua sarang di sepanjang pantai yang sama di Pulau Satumu - kawasan pulau terlarang yang menempatkan Rumah Api Raffles.



Penyu dalam kumpulan itu menyertai penyu lain yang menetas dari sarang mereka di Sentosa dan Pantai East Coast Park awal tahun ini.



Pada petang 25 Julai lalu, penjaga rumah api mendapati biawak benggala (monitor lizard) di pulau tersebut sedang memerhati kawasan pantai sedangkan biasanya ia berada di kawasan rehatnya.



Didorong rasa ingin tahun, penjaga rumah api itu kemudian ke kawasan pasir dan menemui sarang penyu di situ.



Rumah Api Raffles yang diurus oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) kemudian mengambil keputusan memagari kawasan sarang bagi melindunginya daripada pemangsa seperti ketam dan biawak benggala.



Dua minggu kemudian, pada 6 Ogos, seorang lagi penjaga rumah api terjumpa satu lagi sarang penyu hawksbill bersebelahan sarang pertama, dan MPA memagar kawasan itu juga.



Sarang kedua hanya separuh sahaja ukuran kedalamannya berbanding yang pertama.



Walaupun tiga penyu muncul dari sarang pertama pada 19 September, di sarang kedua itulah ia menetas sepenuhnya - iaitu 50 hari setelah penyu bertelur.



Musim menetas bagi penyu hawksbill di Asia Tenggara adalah sekitar Mei hingga Oktober.



Ahli ekologi penyu laut, Encik Rushan Abdul Rahman berkata bahawa telur lebih cepat menetas apabila suhu persekitarannya lebih panas.



Memandangkan sarang kedua hanya separuh kedalamannya berbanding yang pertama, ini mungkin menjelaskan mengapa telur di sarang kedua menetas lebih cepat.



Menurut beliau, adalah sesuatu yang dapat dijangka jika penyu memilih untuk bertelur di pulau paling selatan di Singapura.



"Semua penyu laut tidak suka membuat sarang di tempat yang terlalu banyak cahaya dan memandangkan tanah besar Singapura mempunyai jumlah cahaya yang amat banyak, adalah tidak mengejutkan mereka memilih untuk bertelur jauh dari tanah besar," ujar Encik Rushan.



Ketika ditanya mengenai signifikan sarang tersebut, beliau menambah terdapat kemungkinan penyu telah bertelur di Singapura sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles dan jauh sebelum Temasek diasaskan.



"Hakikat bahawa mereka telah berada di sini sekian lama bermakna kita mempunyai tanggungjawab pada alam sekitar terhadap haiwan purba ini," katanya.



Penolong ketua eksekutif operasi MPA, Kapten M. Segar, berkata mereka berbesar hati penyu telah memilih bertelur di pantai Singapura kerana ini menunjukkan Singapura boleh menjadi pelabuhan yang sibuk dan pada masa yang sama, mempunyai persekitaran marin yang penuh biodiversiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >