Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 aduan guru agama laku gangguan seks diterima Muis dari Januari 2019 hingga Jun 2021: Masagos

Jul 06, 2021 | 11:08 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menerima sejumlah 12 aduan yang menuduh guru agama melakukan gangguan seksual, dalam tempoh tiga tahun lalu, dari Januari 2019 hingga Jun 2021.



Aduan itu tidak berkaitan dan melibatkan 12 pelaku berlainan.



Dua laporan pula diterima mengenai asa tizah menjadi mangsa gangguan sek sual, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Selasa (6 Julai).



Memberi perkembangan mengenai tinjauan lucah melibatkan asatizah yang tular sebelum ini, Encik Masagos berkata kes itu masih disiasat polis.



Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis untuk menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen, termasuk Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied), dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang), dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Dr Shahira Abdullah, yang ingin tahu perkembangan mengenai kes itu dan tindakan lanjut oleh Muis.



“Sedang siasatan polis masih berjalan, Muis tidak dapat memberi komen lanjut sehingga siasatan lanjut telah selesai,” kata Encik Masagos. Sejak laporan mengenai tinjauan dalam talian itu, tiada lagi kes serupa dilaporkan kepada Muis sejauh ini.



Dalam jawapannya, Encik Masagos berkata Muis mempunyai proses untuk meng atasi dengan isu gangguan di tempat kerja. Kakitangan yang berasa mereka diganggu atau melihat gangguan ke atas rakan me reka boleh membuat laporan atau aduan kepada Ketua Eksekutif Muis.



Muis kemudian akan mendekati kakitangan itu secara privet untuk memberi sokongan, termasuk menugaskan seorang pegawai untuk memberi kaunseling sepanjang proses tersebut, dan akan segera menyiasat.



“Jika tuduhan itu didapati benar, sebuah jawatankuasa yang dipengerusi Presi den Majlis Muis dan pengurusan kanan Muis akan menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap pesalah.



“Sewajarnya, satu semakan proses di tempat kerja akan diambil untuk mencegah salah laku itu daripada berulang,” kata Encik Masagos.



Muis juga akan membuat laporan polis jika terdapat bukti tindakan jenayah. Ia juga sedang mendekati madrasah dan masjid untuk menyemak dasar dan pro sedur mereka bagi melaporkan insiden gangguan, yang akan dilaksana sepenuhnya hujung tahun ini.



Menjawab soalan Cik Mariam menge nai pendidikan seks di madrasah dan mas jid, Encik Masagos berkata madrasah menerapkan pendidikan ini dalam kurikulum sedia ada.



“Meskipun ini bukan sebuah subjek secara tersendiri, ia diliputi secara menda lam da lam sukatan pelajaran menerusi to pik se perti hubungan lelaki-wanita, jantina, seksualiti, dan mengurus isu berkaitan imej diri, akil baligh, zaman remaja, serta mengurus tekanan rakan.



“ Ini disasarkan pada pelajar berusia an tara 13 hingga 16 tahun,” kata Encik Masagos.



Beliau menambah bahawa kurikulum pendidikan Islam di madrasah kerap disemak untuk memastikan ia relevan dalam mengatasi isu dan perkembangan baru yang menjejas kanak-kanak dan belia Islam.



Encik Masagos juga menyebut mengenai kedudukan wanita dan lelaki dalam Islam.



“Lelaki dan wanita sama nilainya da lam Islam. Kedudukan khas wanita dalam Islam adalah antara ajaran teras agama, dengan orang Islam diajar melayani semua wanita dengan hormat dan menjaga ma ruah mereka,” kata Encik Masagos.



Muis juga komited memastikan madra sah dan masjid kekal inklusif bagi kededuanya, wanita dan lelaki, di mana semua Muslim boleh membangun potensi penuh mereka, kata Encik Masagos lagi.



Pada akhir sidang Parlimen pada Selasa, Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) juga berucap mengenai isu pendidikan seks di se kolah, yang katanya wajar menjadi “pertahanan barisan pertama” Singapura terhadap keganasan seksual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >