Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 karyawan dilantik Exco MClub

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 12 anggota jawatankuasa eksekutif (Exco) baru Kelab Mendaki (MClub) memulakan penggal kepimpinan mereka, menyusuli tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-21 pada Rabu.



Anggota Exco ke-11 diterajui oleh kumpulan karyawan muda dari latar belakang kerjaya yang pelbagai termasuk perkhidmatan awam, kerja sosial, teknologi dan perundingan, dengan catatan rekod perkhidmatan masyarakat yang dipuji.



Mereka akan berkhidmat selama tiga tahun.



Jawatan presiden MClub juga akan disandang oleh Encik Danial Hakim, yang akan mengambil alih daripada Cik Faridah Mohd Saad.



Encik Danial, 31 tahun, merupakan penggubal dasar di sektor awam, dengan pengalaman mengendalikan pelbagai portfolio di pelbagai kementerian.



Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang undang-undang, setelah dipanggil ke Majlis Peguam Singapura pada 2017.



Encik Danial telah menjadi relawan dengan MClub sejak 2016 apabila beliau memulakan kumpulan Legal Chapter, yang menganjurkan program dan bengkel untuk mendedahkan pelajar sekolah menengah Melayu/Islam dan prauniversiti kepada industri guaman.



Beliau juga telah menyumbang kepada program-program lain yang memperkasa belia Melayu/Islam, dengan anjuran bengkel kerjaya yang khusus dalam pelbagai bidang, serta menerajui program mentor yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pelajar sekolah menengah.



"Kumpulan Exco itu akan memberi tumpuan untuk memastikan bahawa program MClub menyampaikan kesan berterusan untuk masyarakat.



"Kami berharap agar dapat membawa MClub maju ke tahap yang lebih tinggi dengan membina kerja yang baik dilakukan oleh Exco ke-10.



"Khususnya, kami akan menggandakan usaha yang bertujuan mengembangkan bilangan peserta daripada latar belakang pendapatan yang rendah dan manfaatkan pelbagai bakat dan rangkaian dalam masyarakat untuk meningkatkan bilangan relawan kita.



"Kami juga akan menyokong kepelbagaian dalam perwakilan untuk kedua-dua pihak relawan dan benefisiari, untuk meningkatkan secara keseluruhan modal sosial masyarakat," kata Encik Danial.



Encik Danial akan disertai oleh Cik Attiya Ashraf Ali, 28 tahun, dan Cik Amalina Abd Nasir, 29 tahun, yang akan berkhidmat sebagai naib presiden kelab itu.



Antara lain, selepas lebih 20 tahun, logo baru MClub telah diumumkan.



Ia bertujuan mentakrifkan bab perjalanan MClub seterusnya dan membawa semua jenama program di bawah MClub ke satu hala tuju yang bersepadu.



Logo baru itu memaparkan gambaran abstrak tentang gunung dan abjad "M" yang melambangkan Mendaki (untuk mendaki); mencerminkan komitmen berterusan MClub untuk menyokong benefisiari dalam perjalanan hidup masing-masing dan mendaki ke arah kejayaan.



Mantan naib presiden MClub, Encik Umar Masagos yang telah menerajui inisiatif jenama dan logo baru itu berkongsi:



"Ini akan membolehkan kami menyampaikan cadangan nilai dan mandat kami dengan jelas dan ini cara yang lebih baik untuk kami memenuhi keperluan benefisiari yang kerap berubah sambil menjangkau kepada rangkaian yang lebih luas.



"Kami juga berharap pendekatan yang lebih segar ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai anggota masyarakat untuk tampil sebagai sukarelawan dan menyertai kami dalam usaha ini untuk meningkatkan mandat MClub."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >