Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12,479 karton rokok tanpa cukai dirampas, perjumpaan terbesar dalam tempoh lima tahun: ICA

Aug 20, 2019 | 10:50 AM



SEBANYAK 12,479 karton rokok tanpa cukai ditemui tersembunyi dalam blok konkrit yang diangkut sebuah lori di Pusat Pemeriksaan Tuas, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dalam satu kenyataan semalam (19 Ogos).



Pegawai ICA menemui karton rokok semasa melakukan pemeriksaan pada sebuah kenderaan panjang daftaran Malaysia pada 27 Julai 2019, sekitar pukul 9 pagi. 



Kenderaan panjang itu membawa 16 blok konkrit.



Pegawai pemeriksaan mendapati keganjilan pada blok-blok konkrit itu, lalu mengambil keputusan untuk menggerudi lubang ke dalamnya. 



Mereka lalu menemui karton rokok tersembunyi di dalamnya.



Pemandu lelaki berusia 25 tahun itu segera ditahan dan kes tersebut diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.



Penemuan rokok tanpa cukai ini adalah yang terbesar yang ditemui ICA dalam tempoh lima tahun. 



Jumlah duti dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang cuba dielak berjumlah $ 1,240,430 dan $ 90,590. 



Siasatan masih berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >