Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

130 famili di Keat Hong terima pek keperluan harian

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 130 keluarga yang tinggal di kawasan Keat Hong dan menerima bantuan Comcare telah diberikan pek barangan keperluan harian semalam dalam satu usaha kerjasama antara Jawatankuasa Pengurus Kelab Masyarakat (CCMC) Keat Hong dan perusahaan sosial SG Assist.



Usaha tersebut melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada penduduk Keat Hong sendiri, dengan tujuan menyemarakkan semangat bergotong royong melalui usaha itu yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif 'Keat Hong Cares'.



Pek barangan keperluan tersebut bertujuan membantu keluarga yang kurang bernasib baik menghadapi cabaran pandemik Covid-19, terutama sekali bagi mereka yang terjejas oleh sekatan yang dikuatkuasakan semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) baru-baru ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Daerah Keat Hong.



CCMC Keat Hong memanfaatkan aplikasi telefon bijak sukarelawan SG Assist untuk mendekati lebih ramai penduduk dan menggembleng tenaga sukarelawan dari masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada inisiatif itu.



"Melalui inisiatif masyarakat seperti ini, penduduk akan merasakan bahawa mereka dibantu semasa pandemik ini dan sedar bahawa jiran mereka ada untuk memberi mereka sokongan - langsung menyemarakkan lagi "kampung spirit' yang unik di Singapura," menurut kenyataan itu lagi.



Pengagihan barangan keperluan tersebut turut disertai Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Beliau mengalu-alukan usaha tersebut dan berkata ini memaparkan potensi untuk mendekati lebih ramai penduduk yang mampu menyumbang tenaga dan masa semasa tempoh ini.



"Kami memang ingin mewujudkan budaya prihatin dan sikap empati antara jiran tetangga dan masyarakat di Keat Hong.



"Diharapkan semangat sukarelawan ini akan kekal kukuh dan berterusan walaupun selepas kita bangkit dari pandemik Covid-19 ini," katanya.



Ketua pegawai operasi dan pengasas bersama SG Asisst, Encik Adrian Tan, berkata beliau berharap aplikasi SG Assist boleh digunakan selanjutnya selain untuk menggembleng tenaga sukarelawan untuk inisiatif tersebut.



"Contohnya, penduduk boleh menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi tip bercucuk tanam, menulis resume, atau untuk menawarkan ruang untuk meluahkan masalah yang dialami jiran tetangga mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >