Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13,100 isu rumah dipilih sertai Tinjauan Perbelanjaan Keluarga

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



JABATAN Perangkaan Singapura (DOS) akan menjalankan Tinjauan Perbelanjaan Keluarga (HES) dari November lalu hingga November tahun ini.



Ia HES ke-12 sejak tinjauan itu dijalankan di sini sejak 1956/57.



Tinjauan itu melibatkan 13,100 isi rumah yang dibahagikan kepada 26 kumpulan.



Ia akan mengambil butiran perbelanjaan mereka sepanjang dua minggu secara teliti.



Tinjauan ke atas isi rumah kumpulan kelima dan keenam, melibatkan kawasan Chua Chu Kang, Marine Parade, Serangoon North, Thomson, Commonwealth dan Boon Lay, akan dijalankan bulan depan, kata DOS dalam satu kenyataan semalam.



Isi rumah yang dipilih bagi menyertai tinjauan tersebut akan menerima surat daripada DOS.



Setiap kumpulan dikehendaki mengambil bahagian dalam tinjauan itu dengan melengkapkan rekod perbelanjaan dua minggu mereka dalam talian atau melalui temu bual bersemuka bersama penemuduga lapangan.



Isi rumah boleh menghantar rekod perbelajaan selama dua minggu itu melalui Borang Dalam Talian HES.



Bagi mereka yang tidak berbuat demikian, pegawai tinjauan akan mengunjungi kediaman mereka untuk menjalankan wawancara secara bersemuka.



Pegawai tersebut akan membawa kad pengenalan serta surat rasmi yang diberi oleh DOS.



Rumah yang dipilih boleh mengesahkan pengenalan pegawai tinjauan dengan menghubungi talian hotline HES di 1800-888-1718.



Dijalankan sekali dalam lima tahun, HES mengumpul maklumat perbelanjaan keluarga bagi mengemas kini trend dan produk serta khidmat yang digunakan dalam menghasilkan Indeks Harga Pengguna (CPI), iaitu petunjuk inflasi di Singapura.



Ia juga mengumpul maklumat mengenai ciri demografi dan sosio-ekonomi dan pendapatan isi rumah serta ketersediaan barangan tahan lama pengguna.



Data yang dikumpul juga diguna-kan untuk menyokong perancangan dasar dan mengkaji kajian tentang pendapatan isi rumah dan corak perbelanjaan oleh agensi pemerintah, pertubuhan sektor swasta dan orang awam.



HES dijalankan di bawah Akta Statistik 1973 yang memastikan semua maklumat yang diberi oleh isi rumah akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >