Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 kenderaan berlanggar di Bartley Road, tiada mangsa cedera

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



SATU kemalangan jalan raya telah mengakibatkan sebanyak 14 kenderaan berlanggar di Bartley Road kelmarin.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira 7.05 malam, mengesahkan tiada mangsa yang cedera.



Dalam gambar yang disiarkan semalam di 'Beh Chia Lor' - laman Facebook Jalan Raya Singapura - 13 daripada kenderaan itu boleh dilihat tersadai di lorong paling kanan jalan.



Satu kenderaan itu pula dilihat di lorong tengah.



Kejadian kemalangan yang melibatkan bilangan tinggi kenderaan agak jarang berlaku.



Pada Oktober lalu, seorang gadis berusia 14 tahun dan seorang wanita berusia 40 tahun dibawa ke hospital selepas satu kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE).



Kemalangan itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van, dan berlaku ke arah Ekspreswe Tampines selepas susur keluar Bartley Road East.



Pada Jun lalu pula, dua orang telah dibawa ke hospital selepas kemalangan membabitkan tujuh kenderaan - enam kereta dan sebuah teksi - di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menuju ke Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >