Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 lokasi tarawih kariah diberi kelulusan Muis

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 14 lokasi tarawih kariah di serata negara telah diberi kelulusan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ini setelah Muis pada 19 Mac mengeluarkan kenyataan bagi mengundang kariah yang menghadapi kesukaran membatalkan anjuran solat tarawih supaya mengemukakan rayuan.



Sebelum itu, Muis pada 15 Mac memutuskan supaya tidak mengadakan solat tarawih bagi Ramadan 2023 di kolong blok serta dewan serba guna kerana ruang yang mencukupi di masjid-masjid.



Pada 20 Mac, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memohon maaf bagi pihak Muis kepada kumpulan kariah atas kesulitan yang dihadapi ekoran langkah menarik balik keizinan mengadakan solat tarawih di kolong blok dan dewan serba guna.



Selain tarawih di lokasi kariah, masyarakat Islam boleh mendirikan solat tarawih di 67 masjid sepanjang Ramadan akan datang.



Namun, terdapat 10 masjid yang memerlukan tempahan.



Masjid itu ialah Masjid Al-Islah, Masjid Al-Istighfar, Masjid Al-Taqua, Masjid Darul Ghufran, Masjid An-Nur, Masjid Darul Makmur, Masjid Yusof Ishak, Masjid Al-Abrar, Masjid Tasek Utara dan Masjid Al-Khair.




LOKASI TARAWIH KARIAH



1. Blok 757B Pasir Ris St 71



2. Blok 352 & 353 Tampines St 33



3. Blok 450 Tampines St 42



4. Blok 847 Tampines St 83



5. Blok 15A Marine Terrace (Dewan Serba Guna)



6. Blok 60 Marine Drive



7. Link House Blok 732 Woodlands Circle



8. Link House Blok 872 Woodlands St 81



9. Blok 610 Yishun St 61



10. Blok 563 (Dewan Serba Guna) & 568 Choa Chu Kang St 52



11. Blok 660A Choa Chu Kang Crescent (Dewan Serba Guna)



12. Blok 432 Jurong West St 42



13. Blok 530 Jurong West St 52



14. Blok 404 Pandan Gardens




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >