Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

150 syarikat minat dalam projek kereta api laju KL-S'pura

Oct 19, 2015 | 01:56 PM



KIRA-KIRA 150 syarikat telah memberi respons kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan rakannya dari Malaysia dalam usaha bersama mereka melaksana Permintaan maklumat (RFI) berkaitan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dirancang antara Kuala Lumpur dan Singapura.


LTA berkata sehingga 6 petang Jumaat lalu (17 Oktober), syarikat tersebut - dipercayai termasuk dari Jepun, China, Korea, konsortium Amerika dan Eropah - telah menyatakan minat mereka dalam RFI itu.


Usaha itu dijalankan LTA bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia dan syarikat boleh mendaftarkan minat mereka hingga 12 tengah hari pada 18 November.


Dalam satu kenyataan bersama, Ketua Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, dan Ketua Eksekutif LTA, Encik Chew Men Leong, berkata: "Kami gembira dengan sambutan positif pasaran kepada usaha RFI itu. Kami mengalu-alu menerima maklum balas mereka bulan depan.


"Maklum balas ini penting dalam membantu kami berhubung model komersial projek itu, dan akan membantu memastikan projek ini bermula dengan betul."


Pelaksaan RFI itu dijangka tamat menjelang akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >