SKIM IHSAN SENJA
150,000 warga emas layak dapat $300-$750 setiap tiga bulan
Feb 24, 2015 | 05:30 AM
SEKITAR 150,000 warga emas hari ini dianggar akan layak menerima bayaran setiap tiga bulan di bawah Skim Ihsan Senja.
Skim itu akan memberi bayaran antara $300 dengan $750 pada setiap suku tahun mulai sekitar suku pertama tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, semasa membentangkan Belanjawan 2015 semalam.