Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

160 keluarga memerlukan di Bukit Batok terima habuan Ramadan

Apr 11, 2021 | 09:11 PM



SERAMAI 160 keluarga berpendapatan rendah di Bukit Batok menerima habuan dalam bentuk baucar pasar raya, beras dan kurma sedang mereka bersiap sedia untuk menyambut Ramadan yang bakal bermula malam Isnin (12 April).



Pengagihan Habuan Ramadan itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok dengan kerjasama Persatuan Muhammadiyah di Hab Sukan Bukit Batok pada Ahad (11 April).



Acara itu dihadiri Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai, dengan langkah pengurusan selamat, menurut kenyataan Pejabat Kawasan Undi Bukit Batok.



MAEC itu telah memberikan baucar NTUC bernilai $50, paket beras seberat 5 kilogram dan kurma ajwa, manakala Persatuan Muhammadiyah pula menaja baucar Sheng Siong bernilai $25, bagi setiap keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >