160 pelajar bantu kutip derma bagi TAA
Buat kutipan di 70 masjid di seluruh Singapura
Jul 04, 2015 | 05:30 AM
SERAMAI 160 pelajar daripada Madrasah Aljunied Al-Islamiah menyingsing lengan mengutip derma bagi Tabung Amal Aidilfitri (TAA) semalam.
Dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), mereka berganding bahu bersama kira-kira 70 masjid dalam menjalankan usaha kutipan derma TAA itu.