Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

16,456 perceraian Muslim didaftar antara 2011-2020

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 16,456 perceraian yang melibatkan pasangan Muslim yang berdaftar di bawah Mahkamah Syariah telah dilaporkan antara 2011 dan 2020, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Berkata demikian dalam respons bertulisnya terhadap pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Encik Faisal Manap berkaitan perceraian pasangan Muslim, Encik Masagos menambah sebanyak 915 daripada jumlah kes tersebut memerlukan campur tangan hakam dalam prosiding perceraian dalam tempoh sepuluh tahun yang sama.



Sementara itu, kurang satu peratus daripada kes itu memerlukan hakam kedua, tambahnya.



Encik Faisal telah mengajukan soalan berkaitan kes perceraian Muslim di Singapura. Ini termasuk jumlah kes yang dikategorikan di bawah jenis talak berbeza, termasuk talak rajie, bain, taklik, fasakh dan khuluk.



Menurut Encik Masagos: "Mahkamah Syariah tidak menjejak data perceraian berdasarkan klasifikasi yang disebutkan. Kami mempertimbangkan setiap kes perceraian atas sebab masing-masing dan proses perundangannya sama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >