Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

$1.6j bagi 11 projek maritim baru

MPA
Nov 18, 2020 | 05:30 AM



KRU mendaftar masuk di Marina South Pier dan West Coast Pier untuk menaiki kapal mereka menggunakan kios layan diri sejak awal bulan ini, mengurangkan masa beratur dan interaksi fizikal semasa pandemik ini. Bahagian kapal seperti komponen enjin dicetak mesin 3D di sini dan diuji pada kapal berdaftar Singapura, dari kapal tunda ke kapal kontena besar.



Itu antara 11 projek industri bersama bernilai $1.625 juta yang dianugerahkan oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) di bawah Dana Inovasi dan Teknologi Maritim. Ia bertujuan mendorong digitalisasi dan penggunaan percetakan 3D dalam sektor maritim.



Bercakap di peringkat akhir Cabaran Pelabuhan Bijak 2020 semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, berkata inovasi sangat penting dalam menangani tiga daya penggerak yang membawa kesan kepada sektor itu: gangguan, digitalisasi dan penyahkarbonan.



"Untuk mengubah tiga (perkara) ini daripada cabaran menjadi peluang, inovasi mesti terus menjadi fokus utama ekosistem maritim kita, dan saranan nilai utama kita sebagai hab maritim," katanya. Encik Chee menekankan perlunya mengkaji semula dasar dan peraturan sedia ada bagi menyokong inovasi.



"Kita harus terus menyediakan persekitaran peraturan fleksibel, memandang ke hadapan dan terbuka kepada kemungkinan baru, dan di mana kita mengalu-alukan pemain industri untuk bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk bersama-sama membangunkan huraian baru," katanya.



Beliau menyebut penggunaan teleperubatan dalam memeriksa dan mengesahkan pelaut sihat di atas kapal yang tiba di Singapura, sebelum mereka turun untuk pertukaran anak kapal. Pertukaran anak kapal terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, dengan sekatan perjalanan dan sempadan menyebabkan 400,000 pelaut terkandas di laut.



Dengan usaha seperti penggunaan teleperubatan, Singapura memudahkan lebih 54,000 pertukaran anak kapal sejak 27 Mac, dan menghasilkan prosedur yang disanjung sebagai model global. Pengesahan perubatan syarat baru yang timbul ekoran Covid-19, kata Encik Chee.



Doktor pada mulanya terpaksa menaiki bot untuk pergi ke kapal di laut, dan menaiki kapal bagi memeriksa anak kapal secara fizikal. Ia menelan belanja besar, memakan masa dan berisiko jangkitan tinggi bagi doktor.



"MPA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan menyemak semula protokol pertukaran anak kapal dan pekeliling pelabuhan marin. Ini membolehkan doktor kami memeriksa anak kapal dari jarak jauh sebelum mengeluarkan sijil sesuai untuk perjalanan," kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >