Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

170 kes diskriminasi bangsa ditangani Tafep secara purata setahun sejak 3 tahun ini

Jul 06, 2021 | 10:07 PM



SECARA purata, 170 kes diskriminasi berdasarkan bangsa telah ditangani setiap tahun dalam tempoh tiga tahun oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep), kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng di Parlimen pada Selasa (6 Julai).



Tiga sektor utama yang membentuk sekitar separuh aduan adalah dagangan borong dan runcit, pentadbiran dan khidmat sokongan serta kegiatan perkhidmatan lain, jelas Dr Tan lagi.



Kes-kes ini sedang disiasat Tafep dan apabila perlu, dirujukkan kepada Kementerian Tenaga Manusia bagi penguatkuasaan.



Dr Tan menyampaikan kenyataan kementeriannya mengenai bagaimana warga Singapura dapat bersaing sengit dan adil termasuk dalam hal melawan diskriminasi di tempat kerja.



Katanya: "Kita tahu tidak semua majikan mengikut undang-undang. Kita tidak memberi tolak ansur terhadap amalan pengambilan pekerja berbaur diskriminasi.



"Semua majikan dijangka mengikut peraturan Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan tidak mendiskriminasikan pekerja berdasarkan ciri-ciri keperibadian yang tiada kena mengena dengan pekerjaan."



Pada Januari tahun lalu, pihak kementerian mengetatkan lagi hukuman bagi kes diskriminasi seperti menggantung hak istimewa pas pekerja bagi majikan yang engkar sehingga 24 bulan dan tidak lagi sekurang-kurangnya 12 bulan.



Ketetapan mengiklankan pekerjaan di MyCareersFuture sebelum mengemukakan permohonan pas kerja juga diperluaskan kepada tempoh minimum 28 hari dan bukannya 14 hari. Justeru itu, mereka yang mencari pekerjaan akan mempunyai lebih banyak masa untuk memberikan respons pada tawaran pekerjaan.



"Memandang ke depan, kita akan lakukan lebih lagi bagi mengenal pasti majikan yang tidak cekap dan mengamalkan diskriminasi," ujar Dr Tan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >