Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: MASYARAKAT MELAYU/ISLAM

18 digugur daripada senarai ARS

Daripada sekitar 33 asatizah dikenakan disiplin sejak skim diwajibkan pada Jan 2017
May 11, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 18 asatizah telah dikeluarkan daripada senarai Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) daripada sejumlah 33 asatizah yang dikenakan tindakan disiplin sejak Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) diwajibkan pada Januari 2017.



Mendedahkan angka itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata mereka yang digugurkan daripada ARS termasuk berkaitan kes salah laku etika dan/atau isu doktrin.



Dalam jawapan bertulisnya kepada Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) yang bertanya mengenai ARS, Encik Masagos berkata kini terdapat sejumlah 4,945 asatizah yang diiktiraf di bawah skim tersebut.



"Kira-kira 60 peratus daripada mereka mempunyai ijazah atau diploma dalam pengajian Islam, dengan baki 40 peratus merupakan guru membaca Al-Quran yang mempunyai sijil kelayakan," ujar Encik Masagos.



Selain itu, asatizah wanita membentuk sekitar dua pertiga daripada senarai asatizah ARS.



Kira-kira separuh daripada asatizah ARS berusia 36 tahun atau ke bawah, sementara lebih sedikit 10 peratus berusia lebih 65 tahun.



Mengenai bantuan zakat kepada asatizah pula, beliau menambah bahawa kini terdapat kira-kira 40 asatizah diberi bantuan kewangan melalui zakat.



Semasa tempoh Covid-19 pula, tambahan 500 asatizah menerima bantuan kewangan daripada Pakej Rahmah Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), yang diberi bantuan tambahan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



ARS, tambah Encik Masagos, memastikan asatizah setempat, sebagai guru agama yang bertauliah, mempunyai kelayakan agama yang betul dan mematuhi Kod Etika ARS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >