Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

18 penumpang terperangkap 30 minit dalam kereta kabel Mount Faber malam Rabu

Jul 28, 2022 | 09:31 PM



SERAMAI 18 penumpang terperangkap dalam kereta kabel apabila laluan Mount Faber mengalami gangguan malam Rabu (27 Julai).



Seorang jurucakap pengendali kereta kabel itu berkata, masalah teknikal telah menyebabkan gangguan itu pada 9.14 malam.



Menurut akhbar Shin Min Daily News, jurucakap Mount Faber Leisure Group itu berkata, laluan itu kembali beroperasi pada 9.47 malam selepas sebuah pasukan teknikal mengendali isu berkenaan.



Penumpang kereta kabel itu berkata mereka terperangkap dalam kenderaan tersebut dalam keadaan panas kerana tiada hawa dingin atau kipas.



Pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis turut dilihat di tempat kejadian, lapor Shin Min.



Jurucakap itu menjelaskan kakitangan pengendali telah mengekalkan hubungan dengan penumpang menerusi alat komunikasi dalam kereta kabelnya.



Kesemua 18 penumpang dapat dikeluarkan dengan selamat, katanya dengan penumpang terakhir meninggalkan premis kereta kabel itu pada 10.55 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >