180 kes radang perut dan usus di Owen Road disiasat
May 25, 2016 | 05:30 AM
SIASATAN sedang dijalankan oleh empat agensi Pemerintah terhadap peningkatan mendadak pada jumlah pesakit gastroenteritis atau radang perut dan usus di kawasan Owen Road.
Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) dan agensi air negara PUB berkata sehingga semalam, lebih 180 kes dilaporkan.