Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,939 kes baru, 2 meninggal dunia

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



DUA wanita rakyat Singapura belum divaksin berusia 97 tahun dan 69 tahun telah meninggal dunia disebabkan kerumitan jangkitan Covid-19.



Wanita berusia 97 tahun itu meninggal pada Sabtu lalu selepas diuji positif bagi koronavirus pada 18 September.



Wanita berusia 69 tahun itu pula meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas diuji positif pada hari yang sama, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Wanita yang pertama mempunyai sejarah hyperlipidaemia, atau paras lemak yang tinggi dalam darah.



Wanita kedua pula mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.



Kematian mereka menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Singapura mencapai 78.



MOH turut melaporkan 1,939 kes Covid-19 baru di Singapura, melepasi angka tinggi 1,650 kes jangkitan pada Jumaat lalu.



Ia merupakan hari keenam berturut-turut jumlah kes jangkitan yang dilaporkan melepasi 1,000.



Jumlah kematian pada bulan ini kini 23 kes - melebihi 18 kematian pada bulan lalu.



Kes jangkitan setempat kelmarin merangkumi 1,536 kes dalam masyarakat dan 398 kes dalam kalangan penghuni dormitori.



Dalam kalangan kes setempat itu, 417 merupakan warga emas berusia lebih 60 tahun.



Terdapat juga lima kes diimport.



Satu kelompok jangkitan baru muncul di Pusat Borong Pasir Panjang, dengan 64 kes dalam kalangan pekerja dan pengunjung perdagangan, kata MOH.



Mereka merangkumi 59 pekerja di pasar itu, tiga pengunjung perdagangan dan dua kontak rumah pesakit yang dijangkiti.



MOH menambah kes baru itu telah pun dikuarantin.



Sementara itu, satu kes baru dimasukkan ke dalam kelompok di Pusat Pendidikan LearnJoy, sebuah pusat tuisyen di Bedok, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok itu mencapai 17.



Empat kes pula ditambahkan dalam kelompok di My Little Campus - sebuah prasekolah di Yishun - yang kini mempunyai 44 kes.



Empat lagi kes juga dikesan di kelompok Rumah Jagaan Windsor di Pasir Panjang, yang menjadikan jumlah kes di sana mencapai 38.



Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini mencecah 87,892.



Buat masa ini, terdapat 1,203 pesakit Covid-19 yang berada di hospital, naik daripada 1,142 pesakit sehari sebelumnya.



Dalam kalangan mereka 172 pesakit memerlukan sokongan oksigen, kenaikan daripada 165 pesakit pada hari sebelumnya.



Terdapat juga 30 pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU), naik daripada 27 pesakit pada Sabtu lalu.



Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 168 daripadanya berusia lebih 60 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >