Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HUKUMAN TERDAHULU

1996: Chee Soon Juan didenda $25,000 palsukan dokumen

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



PADA 1996, Dr Chee Soon Juan dari Parti Demokratik Singapura (SDP) dikenakan denda $25,000 kerana mengada-adakan data dan memalsukan dokumen untuk memperdaya Jawatankuasa Pilihan mengenai Pengesahan Subsidi Jagaan Kesihatan Poliklinik Pemerintah dan Hospital Awam.



Selain itu, beliau telah melakukan sumpah bohong, berdalih dan memberi jawapan palsu.



Sepanjang kes tersebut, Dr Chee tidak mengaku mahupun mengambil tanggungjawab bagi tindakannya.



Dalam kejadian pada 1996 itu, Menteri Kesihatan, yang ketika itu Encik George Yeo, telah membuat aduan terhadap Dr Chee dan tiga anggota SDP lain - Encik S. Kunalen, Encik Wong Hong Toy dan Encik Kwan Yue Keng - yang menuduh mereka mengada-adakan data dan memberikan dokumen palsu atau tidak benar dengan niat menipu jawatankuasa pilihan itu mengenai perbelanjaan penjagaan kesihatan pemerintah.



Keempat-empatnya, yang bukan Anggota Parlimen (AP) pada waktu itu, didapati bersalah bagi penghinaan Parlimen.



Selain Dr Chee, tiga anggota SDP itu turut dikenakan denda - Encik Wong dikenakan denda $13,000; Encik Kunalen $8,000 dan Encik Kwan $5,000.



Jumlah denda mereka lebih rendah kerana, tidak seperti Dr Chee, mereka tidak membuat pernyataan dan carta bertulis yang mengandungi kepalsuan tersebut.



Meskipun bukan AP pada ketika itu, Dr Chee dan tiga anggota SDP itu telah membuat perwakilan kepada Jawatankuasa Pilihan tersebut sebagai orang awam.



Oleh itu, ia adalah sebuah kes pembohongan kepada Parlimen berbanding penyalahgunaan Hak Istimewa Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >