Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$1j akan diperuntuk setiap tahun bagi perluas Biasiswa Shaikh Isa Semait

May 13, 2022 | 08:21 PM



SEBANYAK $1 juta akan diperuntuk setiap tahun untuk menaja pelajar madrasah yang cemerlang mengikuti pengajian di menara gading melalui Biasiswa Shaikh Isa Semait.



Mengumumkan demikian semasa acara perjumpaan Hari Raya pada Jumaat (13 Mei), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan memperluas biasiswa tersebut bagi penuntut madrasah yang cemerlang agar mereka dapat meneruskan pendidikan di universiti-universiti Islam berprestij di dunia.



Muis akan memberikan butiran lanjut dalam masa terdekat.



Encik Masagos berkata, Singapura memerlukan sektor keagamaan yang berkemahiran dan para asatizah yang "cekap dan yakin dalam menyampaikan ajaran agama mengikut konteks Singapura yang moden dan terbuka, serta berbilang budaya".



"Ini memerlukan kita membangunkan gedung-gedung ilmu yang kritikal khusus untuk masyarakat Islam tempatan.



"Oleh itu, kita perlu menyokong pelajar madrasah dan golongan agamawan kita – apakah dari segi penggajian, peningkatan pendidikan mahupun peluang kerjaya mereka," ujar beliau.



Biasiswa Shaikh Isa Semait itu akan ditawarkan kepada calon-calon yang terbaik dan layak bermula tahun ini.



Mahasiswa yang berpotensi pula boleh ditaja untuk pengajian pos-siswazah juga, tambah Encik Masagos.



Namun, beliau menekankan bahawa semua ini memerlukan sumber masyarakat bagi mendanai sektor keagamaan kita secara mampan seperti melalui penubuhan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >