Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 anggota perkhidmatan SCDF didakwa di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer

Jan 23, 2023 | 03:21 PM



Dua anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa melakukan jenayah dan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer. 



Nizar Syafiq Ismadi, 21 tahun, seorang lans koperal, telah dikenakan tujuh pertuduhan pada Jumaat lalu manakala rakan subahatnya, Koperal Mohamed Iskandar Mohamed Ansari, 23 tahun, dihadapkan empat dakwaan. 



Dalam satu kenyataan pada hujung minggu, jurucakap SCDF berkata: 



“Kedua-dua NSF itu bertugas di Divisyen Ketiga SCDF, melaksanakan tugas bukan barisan hadapan seperti membantu pegawai divisyen untuk bersiap sedia untuk latihan operasi, perbarisan, latihan dalam kem dan latihan mobilisasi.



“Mereka akan meneruskan tugas bukan barisan hadapan sementara menunggu keputusan kes mahkamah. Kami tidak dapat mengulas lanjut kerana prosiding mahkamah sedang berjalan.”



Kededua NSF itu dituduh mencuri sepasang Apple AirPods Pro bernilai $379 daripada Encik Leon Tay di bilik pengawal Divisyen SCDF ketiga, antara 9 Julai dan 1 Ogos 2022.



Butiran mengenai Encik Tay tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Pada atau sekitar 1 Ogos 2022, Iskandar berada di pejabat apabila dia didakwa mencuri iPhone Apple Encik Tay bernilai $1,149.



Nizar kemudian dikatakan telah menjual alat itu di sebuah kedai di Yishun Avenue 5 kira-kira dua hari kemudian dengan harga $600.



Mereka juga dituduh menggunakan wang sebanyak $690 daripada akaun Encik Tay selepas Nizar membantu Iskandar mendapatkan akses secara haram ke dalam akaun Google Mail Encik Tay untuk mendapatkan kata laluan sekali sahaja pada atau sekitar 5 Ogos tahun lalu. 



Persidangan pra-perbicaraan Nizar akan diadakan pada 17 Februari manakala Iskandar dijangka mengaku bersalah atas kesalahannya 10 hari kemudian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >