Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 dalam 3 majikan S’pura rancang naikkan gaji pekerja tahun depan: Tinjauan

Sep 12, 2023 | 05:05 PM



Majoriti majikan Singapura merancang menawarkan pekerja gaji yang lebih tinggi pada tahun depan meskipun keadaan ekonomi tidak begitu cerah, menurut tinjauan perniagaan yang dikeluarkan Selasa.

Sekitar 67 peratus responden yang ditinjau pada Julai melaporkan mereka merancang menaikkan gaji dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan peningkatan gaji purata sebanyak 6 peratus.

Meskipun demikian, jumlah tersebut kurang berbanding tahun sebelumnya. Lebih ramai responden – sekitar 76 peratus – berkata mereka sudah menaikkan gaji pekerja pada tempoh 12 bulan sebelum ini.

Sekitar 32 peratus syarikat yang ditinjau berkata mereka merancang untuk ‘membekukan’ gaji pekerja untuk 12 bulan akan datang, sementara sekitar 1 peratus ingin memotong gaji pekerja.

Perubahan pada gaji tersebut boleh dikategorikan menurut saiz syarikat; sebanyak 88 peratus syarikat besar telah menaikkan gaji dalam tempoh 12 bulan sebelum ini, dan 86 peratus merancang untuk menaikkan gaji dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Antara syarikat kecil dan sederhana yang ditinjau, 73 peratus telah meningkatkan gaji pekerja dalam tempoh 12 bulan sebelum ini, dan 62 peratus akan melakukan demikian dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Secara keseluruhannya, sekitar 61 peratus daripada responden telah menaikkan gaji pada tempoh 12 bulan sebelum ini dan akan terus melakukan demikian dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ini merupakan antara hasil Tinjauan berkaitan Tenaga Kerja dan Gaji oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang dijalankan antara 20 hingga 31 Julai pada 2023.

Sebanyak 282 syarikat telah ditinjau, terdiri daripada SME serta syarikat besar dalam semua industri utama.

Pakar ekonomi, Profesor Madya Walter Theseira, dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata, perubahan terhadap gaji, meskipun kelihatan agak tinggi, perlu dipertimbang berdasarkan kadar inflasi.

“Contohnya, meskipun kenaikan gaji tahun lalu adalah pada 6.5 peratus sepertimana yang diukur oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dan ini hampir sama seperti apa yang dilaporkan oleh syarikat dalam tinjauan (SBF) ini, gaji sebenar hanya naik sekitar 0.4 peratus disebabkan inflasi tinggi,” menurut Dr Theseira.

Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan ramalan positif tentang pekerjaan, dengan 89 peratus majikan tidak merancang mengurangkan jumlah pekerja dengan ada yang ingin menambah jumlah pekerja sepenuh masa dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ini lebih daripada sekitar 80 peratus majikan yang tidak menambah jumlah pekerja sepenuh masa dalam tempoh 12 bulan sebelum ini.

Kenaikan gaji serta penambahan jumlah pekerja dijangkakan meskipun syarikat kini bersiap sedia menghadapi keadaan ekonomi merudum serta kos lebih tinggi pada tahun depan, selain keuntungan yang merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >