Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 kematian, 1 kecederaan di laluan LRT sejak sedekad

May 11, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT dua kematian yang direkodkan dan seorang lagi individu mengalami kecederaan kerana terjatuh di laluan LRT sejak 10 tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, pada Rabu.



Kejadian terkini melibatkan kematian seorang wanita berusia 33 tahun, didapati tidak sedarkan diri di laluan LRT dekat landasan Stesen Cove di laluan LRT Punggol East pada 23 Mac, kata Kementerian Pengangkutan (MOT)



Pada Mac 2017, satu kematian berlaku di sistem LRT Bukit Panjang, selepas seorang lelaki yang sedang berada dalam keadaan mabuk turun ke laluan itu di stesen Fajar dan dilanggar kereta api.



Sebagai langkah tambahan, pengendali pengangkutan awam di sini sedang mencari huraian menerusi teknologi, seperti analitik video yang berupaya memberi amaran tepat pada masanya jika terdapat sebarang individu yang berada di trek tersebut, kata Dr Khor sebagai jawapan kepada beberapa pertanyaan oleh Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol).



Namun, beliau turut menyatakan bahawa ia tidak mudah untuk memasang pintu skrin landasan (PSD) di stesen LRT di sini tanpa mengurangkan ruang bagi penumpang duduk dan berdiri di landasan.



Sejak 2018, semua stesen di sistem LRT Bukit Panjang dan Sengkang-Punggol telah dilengkapkan dengan penghalang landasan berbentuk gelas dan besi agar dapat mengekang penumpang daripada terjatuh atau memasuki kawasan trek LRT.



Namun, tidak seperti pintu skrin landasan yang dipasang di stesen MRT atas tanah, penghalang LRT tidak mempunyai pintu yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik setibanya keretapi.



Sebaliknya, ia mempunyai ruang terbuka bagi penumpang memasuki kereta api yang memadankan posisi pintunya di ruang itu.



Cik Yeo bertanya jika adanya perkembangan teknologi baru bagi membolehkan skrin landasan dipasang di stesen LRT, sambil menambah penduduknya di Punggol amat terkesan dengan kematian yang berlaku di stesen Cove itu pada Mac.



"Memandangkan keadaan akan menjadi sesak di stesen LRT Punggol itu pada waktu sibuk, terutamanya apabila kanak-kanak hendak pergi ke sekolah, penduduk Punggol kami amat prihatin terhadap keselamatan penumpang," tambahnya.



Menjawab pertanyaan itu, Dr Khor berkata stesen LRT lebih kecil jika dibandingkan dengan stesen MRT dan jika pintu skrin landasan itu dipasang, lebih banyak ruang diperlukan bagi menyediakan peralatan tenaga elektrik, komunikasi dan bilik kawalan isyarat.



Ini pernah disebut oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2015.



"Keadaan di landasan bakal menjadi agak sesak, jadi ia mungkin tidak akan memberi manfaat kepada keselamatan penumpang kami," tambah Dr Khor.



"Bagaimanapun, saya ingin memberi jaminan kepada Anggota Parlimen bahawa kami akan terus menilai kesesuaian PSD, sambil mengambil kira sebarang huraian teknologi baru jika ia tersedia di pasaran."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >