Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki didakwa atas kesalahan berkaitan pistol, kes pertama dalam sedekad

Oct 10, 2019 | 03:06 PM



 



 



DUA lelaki yang disyaki menyalahgunakan dadah hadir di mahkamah melalui pautan video semalam atas kesalahan berkaitan pistol.



Muhammad Ikram Abdul Aziz, 24 tahun, didakwa atas kesalahan memiliki senjata itu.



Dia didakwa memiliki pistol jenis Shooters Sea Hawk di sebuah flat di Blok 731 Jurong West Street 72 pada Selasa (8 Oktober).



Lelaki kedua, Amirul Asyraff Muhammad Junus, 25 tahun, didakwa atas tuduhan telah membantu seorang yang memiliki senjata api, di flat yang sama pada Februari.



Kes ini difahamkan adalah kes pertama yang melibatkan pemilikan senjata api secara haram sejak 2009.



Dalam satu sidang media bersama kelmarin (9 Oktober), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka telah menangkap dua lelaki berusia 24 tahun dan 25 tahun dalam satu operasi bersama yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.



Pengarah Divisyen Perisikan CNB, Superintenden Aaron Tang, berkata pihaknya telah bertindak atas maklumat yang diterima bahawa dua suspek itu terlibat dalam "kegiatan dadah haram", dengan salah seorang daripada mereka memiliki senjata api.



Polis telah menerima maklumat daripada CNB pada Isnin (7 Oktober) yang menunjukkan bahawa lelaki berusia 24 tahun itu memiliki senjata api.



Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan CNB, dengan sokongan Komand Operasi Khas (SOC) dan Jabatan Perisikan Polis (PID), dengan segera menjalankan operasi bersama dan melaksanakan risikan meluas.



Polis dan CNB memberkas Ikram di kolong blok kediamannya di Jurong West Street 72 pada Selasa, sebelum membawanya ke unit kediamannya dan melakukan pencarian, di mana mereka menemui senjata api tersebut.



Terdapat empat peluru yang diisi dalam pistol dan pegawai juga menemui empat peluru lain.



Dalam sidang media tersebut, Timbalan Ketua, Seksyen Siasatan Khas CID, Superintenden Daniel Wong, berkata: "Tiada bukti bahawa senjata itu telah digunakan di Singapura".



Amirul pula ditangkap di Woodlands Street 13 pada sekitar 2.25 pagi pada Rabu selepas siasatan lanjut mendedahkan dia disyaki terus bersama lelaki pertama meskipun dia tahu lelaki itu memiliki senjata api.



Tiada dadah ditemui bersama kedua-dua lelaki itu dan mereka kini sedang menunggu hasil ujian air kencing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >