Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki ditahan hasilkan minuman keras secara haram

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



DUA lelaki warga China ditahan oleh Kastam Singapura, menyusuli operasi pada 6 Ogos yang merampas lebih 670 botol dan 30 tong besar mengandungi minuman keras yang dihasilkan secara haram.



Padi pagi itu, pegawai polis telah memeriksa kereta yang berdaftar di Singapura di sebuah tempat letak kereta berhampiran Bedok North Street 2 dan menemui 60 botol minuman keras kontraban di but kereta itu, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Lagi 300 botol ditemui di rumah pemandu kereta tersebut di Canberra Road.



Dalam satu operasi menyusuli pemeriksaan itu, pegawai menemui 313 botol, 34 tong besar dan dua baldi mengandungi minuman keras di sebuah unit kawasan perindustrian Woodlands East Industrial Estate, di mana minuman keras itu dibuat secara haram.



Antara lain, peralatan mengukur, meter alkohol, kebuk aluminium dan tangki air juga ditemui di tempat itu, di mana lelaki warga China berusia 47 tahun ditahan.



Siasatan masih dijalankan.



Di bawah Akta Kastam dan Akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pesalah yang ditangkap memiliki atau mengurus niaga barangan sedemikian boleh dikenakan denda hingga 40 kali jumlah GST yang dielak dan dipenjara hingga enam tahun.



Menghasilkan atau memiliki barangan yang boleh dikenakan cukai tanpa lesen boleh dikenakan denda hingga $5,000 dan penjara hingga 18 bulan di bawah Akta Kastam.



Kastam Singapura menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan bayaran GST untuk menghubungi talian 1800-233-0000 untuk membuat laporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >