Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

2 lelaki Malaysia ditangkap di Woodlands cuba seludup dadah $82,000

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 lelaki Malaysia ditangkap di Woodlands cuba seludup dadah $82,000

Nov 02, 2016 | 02:19 PM

DUA lelaki Malaysia ditangkap pada Selasa (1 Nov) di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira $82,000.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya, kedua-duanya berusia 24, ditahan oleh pegawai bagi pemeriksaan lanjut sebaik-baik saja mereka tiba di pusat pemeriksaan itu pada kira-kira 7 pagi.

Semasa pemeriksaan, kira-kira 360g hamphetamine, atau Ice, 2999 pil Erimin-5 dan 260 pil Ecstasy dijumpai di bawah tempat duduk motosikal berdaftar di Malaysia itu.

Dua lelaki berkenaan ditangkap dan dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat untuk siasatan.

Di bawah undang-undang, sesiapa didapati bersalah mengedar lebih 250g Ice boleh menghadapi hukuman mati.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3