Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 terima pingat kursus setelah orak langkah pertingkat diri

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



BERBEKALKAN kelulusan Nitec dalam bidang Elektronik (Pemasangan Wafer), Encik Radali Tuah, yang bekerja di Hitachi Elevator Asia Pte Ltd dalam bidang pembaikan lif melihat keperluan meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya.



Beliau berasa bersyukur apabila majikannya menawarkan peluang baginya menyambung pelajaran menerusi pengajian Diploma Kerja-Belajar (WSDip) dalam kursus Pengangkutan Vertikal yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 2019.



Walaupun sudah 10 tahun tidak belajar di sekolah, bapa seorang puteri berusia lima tahun itu berjaya menjadi antara pelatih terbaik dalam kohort pengajian perintis bagi kursusnya.



"Walaupun WSDip ini banyak cabarannya, saya tahu bahawa dengan kelulusan diploma ini, ia akan membantu saya maju dalam kerjaya nanti.



"Setelah sekitar 10 tahun tidak belajar, agak sukar pada mulanya untuk mula semula. Antaranya adalah penggunaan komputer riba. Saya tak biasa gunakan Words atau PowerPoint, jadi harus belajar dan menyesuaikan diri," jelas Encik Radali, 39 tahun, seorang teknisyen kanan.



Pengajian diplomanya mengambil masa dua setengah tahun.



Selain itu, Encik Radali juga mengongsi kesukaran untuk mengimbangkan masa untuk kerja, pelajaran dan keluarga. Namun, beliau dapat mencari keseimbangannya dengan hanya membuat kerja sekolah setelah isteri dan anaknya tidur, pada waktu malam.



Dengan kerja keras dan kegigihannya, beliau adalah antara 13 pemenang yang menerima Pingat Kursus di Majlis Penyampaian Anugerah Diploma Kerja-Belajar yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, petang semalam.



Majlis tersebut diadakan di ITE Central.



"Di Singapura, banyak tempat masih melihat kepada sijil pendidikan. Walaupun ada pengalaman, sijil tetap diperlukan untuk maju dalam kerjaya.



"Saya menggalak orang ramai untuk terus belajar jika masih mampu dan WSDip ini adalah satu program yang baik sebaik langkah permulaan untuk meningkatkan kemahiran," kongsi Encik Radali.



Kini skop tanggungjawab kerjanya ditambah setelah beliau menjadi pemangku penyelia.



Seorang lagi penerima pingat itu semalam adalah, Encik Ahmad Madani Mohamed Saaid, yang berusia 24 tahun.



Setelah selesai Perkhidmatan Negara (NS), beliau mengambil kesempatan untuk turut serta dalam WSDip dalam kursus pengurusan hotel dan restoran dan bertugas di Hotel Sheraton.



"Saya gemar berbual dan suka bekerja dalam bidang perkhidmatan," ujar anak ketiga lima beradik itu.



Motivasinya untuk cemerlang dalam kerjaya bermula dengan hasrat untuk membantu memantapkan kewangan keluarganya.



Memandangkan sejak kecil, bapanya seorang yang bekerja dan menampung kos perbelanjaan, Encik Madani mengongsi bahawa mereka bukan daripada keluarga senang.



"Saya ingin belajar dan bekerja keras supaya tidak harus melalui apa yang kami alami dahulu dan untuk memberikan kesenangan kepada ibu dan ayah," ujar beliau.



Bapanya seorang pemandu teksi, manakala ibunya seorang suri rumah.



"Kerja perhotelan ini tidak mudah. Ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Apa lagi dengan pekerjaan dan pembelajaran. Saya harus pandai mengatur masa, membeza dan pandai mengutamakan waktu," kongsi beliau yang bakal bernikah akhir bulan ini.



Setelah lulus pengaijian itu, Encik Madani meluahkan keinginannya untuk terus belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana muda.



"Jika ingin kejayaan, jangan ikut keadaan sahaja. Ia memerlukan tindakan, pengorbanan dan kegigihan. Dengan matlamat yang jelas, ia lebih mudah untuk menyasarkan arah tuju hidup," nasihat beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >