JURULATIH senaman Nawal Alhaddad akan membawa 20 jurulatih bagi membimbing peserta zumba besar-besaran di Our Tampines Hub pada Ahad, 24 September ini.
Dalam masa lebih sejam, Cik Nawal, 27 tahun, akan memperkenal bermacam-macam langkah, seperti bhangra, joget Melayu dan tarian Cina, dengan iringan pelbagai jenis muzik.