Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 peratus kakitangan berseragam wanita Muslim dalam sektor penjagaan kesihatan awam kini bertudung

Jan 10, 2022 | 10:45 PM



SEKITAR 20 peratus wanita Muslim yang bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan awam telah mula memakai tudung dengan pakaian seragam mereka dalam tempoh dua bulan sejak mereka dibenarkan melakukan demikian.


Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin (10 Jan), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata beberapa kakitangan telah memilih untuk tidak memakai tudung manakala yang lain mungkin sedang mempertimbangkannya.


Ia menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) yang meminta kemas kini tentang pelaksanaan pemakaian tudung di tempat kerja di kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan respons daripada pekerja sektor itu selepas pelaksanaan tersebut.


Wanita Muslim yang merupakan kakitangan penjagaan kesihatan awam dibenarkan memakai tudung bersama pakaian seragam mereka sejak 1 November lalu.


MOH berkata hospital telah meletakkan garis panduan klinikal dan memaklumkannya kepada kakitangan bagi memastikan pematuhan kepada keperluan kawalan jangkitan demi keselamatan pesakit dan kakitangan.


Kakitangan yang memilih memakai tudung juga telah menjalani penyesuaian semula bagi pelitup N95.



"Sejauh ini, maklum balas daripada kedua-dua kakitangan Muslim dan bukan Muslim rata-rata positif, dengan kakitangan Muslim meluahkan penghargaan bagi perubahan ini, dan pesakit menghormati keinginan jururawat-jururawat itu. Beberapa kakitangan juga telah menerima pujian daripada pesakit di atas pakaian kemas dan profesional mereka dengan tudung," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >