Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

21 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas belum buat janji temu vaksinasi di S'pura

Aug 02, 2021 | 04:58 PM



LEBIH 96,000 warga emas atau 21 peratus daripada mereka yang berusia 70 tahun ke atas belum lagi menempah janji temu vaksinasi mereka.



Ini adalah enam peratusan mata lebih tinggi daripada penduduk umum, kata Menteri Negara (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary pada Isnin (2 Ogos).



Memberikan maklumat terkini mengenai program vaksinasi serata pulau, Dr Janil memberitahu Parlimen bahawa 61 peratus penduduk sudah tamat rejim vaksinasi penuh dua dos suntikan sehingga Sabtu (31 Julai).



Kemajuan yang mantap juga dapat dilihat pada pendaftaran warga emas dengan 79 peratus daripada mereka yang berusia 70 tahun ke atas  sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 1,000 warga emas pula mendaftar bagi suntikan tersebut setiap hari.



Kakitangan dan sukarelawan dari Persatuan Rakyat dan Pejabat Generasi Perak lebih mempertingkat usaha mendekati penduduk berusia dengan pasukan vaksinasi bergerak mula bekerja di kejiranan dengan bilangan warga emas lebih ramai.



"Kami akan terus mendekati seberapa ramai warga emas seberapa yang mampu bagi menggalak mereka mendapatkan vaksinasi," tambah Dr Janil.



Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Parti Pekerja, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) yang bertanya tentang rasa teragak-agak warga emas dalam mendapatkan vaksinasi serta usaha menangani maklumat yang salah tentang vaksinasi.



Dr Janil berkata Kementerian Kesihatan (MOH) menangani penyebaran maklumat yang salah itu dengan menyediakan infografik tetapi menekankan masalah ini perlu diatasi seluruh masyarakat.



Encik Giam juga bertanya tentang individu yang dihalang daripada mengambil suntikan kedua vaksin berkenaan kerana alahan serta perkembangan terkini membawa vaksin Novavax yang berdasarkan protein bagi kegunaan di sini.



Menurut Dr Janil, mereka yang telah menerima suntikan vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech atau Moderna, tetapi tidak dapat mengambil dos suntikan kedua kerana reaksi alahan, telah ditawarkan vaksin Sinovac pula.



MOH telah menyediakan program bagi mereka jalani vaksinasi di hospital awam bagi pemantauan rapi. Individu ini akan dianggap menerima vaksin penuh selepas mengambil suntikan Sinovac.



Mereka yang mempunyai alahan vaksin mRNA boleh memilih untuk menanti suntikan Novavax yang dijangka tiba menjelang hujung tahun ini.



Dr Janil berkata MOH dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang bekerjasama dengan Novavax bagi memudahkan pengaturan pengaturan penyerahannya.



"Garis masa semakan akan bergantung pada kebolehsediaan dan penyerahan data oleh syarikat itu kepada HSA," jelasnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >