200 relawan jayakan 'Ramadan On Wheels' bantu golongan susah
May 29, 2019 | 05:30 AM
SEKITAR 200 sukarelawan telah membantu sebagai pemandu, pendamping untuk membeli-belah dan pemudah cara Sabtu lalu sebagai sebahagian acara Ramadan On Wheels (ROW) tahun ini anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).
Acara pelancaran Beli-Belah Raya itu di Wisma Geylang Serai pada Sabtu lalu itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.