Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20,000 pelajar bakal sertai OBS hingga Nov

Program dimulakan semula selepas pandemik dua tahun, boleh bermalam selama dua hari
Jul 30, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR menengah tiga kini boleh bermalam selama dua hari di Outward Bound Singapore (OBS) selepas dua tahun.



Ini adalah satu langkah untuk memulakan semula program itu selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Seramai 20,000 pelajar menengah tiga dari 80 sekolah dijangka menyertai program itu yang berlangsung dari Mei hingga November.



Misi OBS adalah untuk memupuk nilai tahan lasak secara mental dan fizikal dalam kalangan belia, penting untuk mencorak kehidupan mereka.



Berkongsi berita gembira bersama wartawan kelmarin, Pengarah Program dan Perkongsian OBS, Encik B. Elamaaran, mengumumkan program lima hari akan disambung semula pada Januari tahun depan.



"Program lima hari ini akan memberi lebih masa bagi belia untuk memperdalam pembelajaraan mereka, berfikir tentang pengalaman mereka.



Ia juga akan membantu mereka menjalinkan persahabatan bersama pelajar dari sekolah dan latar belakang yang berbeza," tambah beliau.



Tenaga pengajar di OBS, Encik Syafiq Tan, 31 tahun, berasa kagum pelajar dapat mencabar diri mereka selepas dua tahun tidak menyertai perkhemahan.



"Kerana kurang pendedahan kepada ekspedisi kembara, mereka tidak tahu apa boleh dijangka. Tetapi setalah selesai kembara itu, mereka sendiri terkejut dengan kebolehan mereka," ujarnya.



Encik Syafiq merupakan tenaga pengajar kepada pelajar Sekolah Menengah Sembawang selama dua hari.



Pada hari pertama perkhemahan, pelajar melakukan perjalanan selama empat jam ke dalam hutan pulau itu yang bermula dari tapak perkhemahan OBS Pulau Ubin dan mengemudi di kawasan hutan dengan menggunakan kompas dan peta, yang mereka diajar untuk menggunakannya.



Pada hari kedua, mereka memulakan ekspedisi mendayung kayak ke tapak perkhemahan OBS kedua di pulau itu, kira-kira satu kilometer jauhnya.



"Walaupun keadaan cuaca tidak begitu baik semasa ekspedisi di laut, mereka tetap mahu melawan arus dan selesaikan kembara itu."



Para pelajar seronok dengan aktiviti itu dan ada yang ingin mencuba lebih banyak aktiviti yang lebih mencabar selepas menyertai perkhemahan itu.



Bagi Encik Syafiq, yang sudah bersama OBS selama dua tahun, beliau menantikan perkhemahan lima hari itu kerana belum berkesempatan untuk mengalaminya bersama pelajar.



"Dengan program yang lebih panjang, pelajar pasti akan meraih lebih banyak faedah. Sebagai tenaga pengajar, kami boleh lebih memahami pelajar dan melihat perkembangan mereka sepanjang ekspedisi."



Setiap pelajar akan mempelajari sesuatu sepanjang masa di OBS yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.



Perkhemahan OBS menyediakan peluang unik kepada pelajar, bekerjasama dan mengharungi cabaran di luar darjah.



Pengalaman ini akan menyumbang ke arah identiti warga Singapura yang lebih kuat.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >