Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

2,079 kes baru Covid-19; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 0.75

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2,079 kes baru Covid-19; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 0.75

Nov 24, 2021 | 11:37 PM

Terdapat 2,079 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Rabu (24 Nov), meningkat daripada 1,782 pada Selasa.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.75, turun daripada 0.83 pada Selasa, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 12 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru Covid-19 mingguan  semakin menurun.


Selain itu, kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 56.1 peratus pada Rabu, meningkat daripada 55.2 peratus pada Selasa.
Terdapat enam orang berusia antara 60 dengan 83 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, umum MOH.
Kesemua mereka kecuali seorang individu yang tidak divaksinasi mempunyai pelbagai isu kesihatan, tambah MOH, tanpa memberi butir lanjut.
Kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 678.

 

Jangkitan baru itu merangkumi 2,030 kes dalam masyarakat, 40 di asrama pekerja migran dan sembilan kes import.
Daripada kes masyarakat, 312 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Terdapat juga 59 orang yang dalam keadaan kritikal dan diberi sokongan intubasi di ICU, bermakna mereka memerlukan ventilator untuk membantu mereka bernafas.
Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 257,510.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3