Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

219 lelaki, 92 wanita disiasat bagi kes tipu; mangsa hilang $8.2j

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat 219 lelaki dan 92 wanita, berusia antara 16 tahun dan 84 tahun, kerana disyaki terlibat dalam 866 kes penipuan yang dilaporkan di mana mangsa kehilangan lebih daripada $8.2 juta.



Ini menyusuli operasi dua minggu antara 5 Jun dengan 18 Jun, yang mendedahkan pelbagai penipuan, termasuk cinta Internet, penyamaran rasmi pemerintah dan wadah perjudian palsu, menurut satu kenyataan polis semalam.



Suspek disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Pengubahan wang haram boleh dipenjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000 atau kedua-duanya.



Individu yang menyediakan perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen boleh didenda hingga $125,000, penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam penipuan ini, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ini berkaitan dengan jenayah, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >