Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

240 flat penjagaan masyarakat dilancar di Queensway bulan depan

HDB
Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 240 flat penjagaan masyarakat di Queensway akan dilancarkan dalam projek Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan depan.



Projek perumahan awam dengan kemudahan peralatan bantuan itu merupakan projek kedua serupa yang dilancarkan, menyusuli projek pertama di Bukit Batok pada Februari 2021.



Mereka yang berminat menyemak reka bentuk flat itu boleh melakukan demikian dalam satu pameran di Hab HDB di Toa Payoh dari hari ini hingga 31 Mac 2023.



Model tiga dimensi (3D) blok penjagaan masyarakat itu, serta unit flat, dipamer bersama potensi ruang komunal di blok dan bilik pameran flat dengan kawasan lantai kira-kira 32 meter persegi.



Flat penjagaan masyarakat akan datang bakal menjadi sebahagian daripada pembangunan BTO Queensway Canopy, yang juga akan terdiri daripada flat tiga dan empat bilik.



Ini bukan seperti blok penjagaan masyarakat Bukit Batok, yang tidak akan disertakan dengan flat jenis lain dan dijadualkan siap pada 2024.



Menempatkan pelbagai jenis flat secara bersama dilakukan dengan sengaja untuk menggalak ikatan hubungan antara generasi, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, semalam selepas melawat pameran tersebut.



Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Kesihatan dan Lembaga Perumahan menyatakan flat penjagaan masyarakat baru itu akan ditempatkan dalam kawasan Health District @ Queenstown - sebuah program yang akan menyokong penduduk menjalani kehidupan lebih sihat dan produktif.



Selain meraih manfaat daripada kelengkapan kemudahan mesra warga emas di rumah mereka - seperti pintu mesra kerusi roda - penduduk yang tinggal di flat penjagaan masyarakat perlu melanggani pakej perkhidmatan asas, yang merangkumi khidmat seperti pemantauan kecemasan 24 jam dan pemeriksaan kesihatan asas.



Kos pakej itu bagi penduduk ialah sekitar $2,000 setahun.



Seorang pengurus masyarakat di tapak juga akan membantu menghubungkan penduduk dengan penyedia khidmat penjagaan relevan mengikut keperluan mereka, dan membantu melakukan pembaikan rumah mudah, kata pihak berkuasa.



Mereka yang memerlukan perkhidmatan lebih banyak, seperti penghantaran makanan, juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan itu dengan kos tambahan.



Ditanya mengena saiz kecil flat itu, HDB berkata "saiz kecil flat itu sengaja direka bagi menggalak penduduk meluangkan masa di ruang masyarakat untuk berinteraksi dengan penduduk lain".



Ruang seperti itu akan disediakan di setiap tingkat blok penjagaan masyarakat.



Blok tersebut akan terletak bersebelahan hab sosial dan kesejahteraan, yang mempunyai Pusat Penuaan Aktif dan Gimnasium ActiveSG, direka untuk menjadi mesra warga emas.



Hab itu akan mempunyai taman di bumbung dengan kawasan perkebunan masyarakat, yang menurut pihak berkuasa akan membantu menggalak kehidupan aktif.



Mereka yang ingin memohon flat penjagaan masyarakat mesti berusia 65 tahun dan ke atas. Mereka akan memilih pajakan yang bermula dari 15 tahun, dan tempoh pajakan yang dipilih harus hingga mereka berusia sekurang-kurangnya 95 tahun.



Lawatan ke pameran di Hab HDB memerlukan janji temu, yang pengunjung boleh tempah secara dalam talian di https://str.sg/wvv.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >