Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2.5 juta warga S’pura akan terima sehingga $700 pakej sokongan: MOF

Nov 15, 2022 | 05:31 PM



SEKITAR 2.5 juta rakyat Singapura akan menerima sehingga $700 wang tunai bulan depan sebagai sebahagian daripada pakej Pemerintah untuk mengimbangi kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan membantu orang ramai hadapi kenaikan kos.


Jumlah sebanyak $700 itu terdiri daripada dua bayaran berasingan – sekitar 2.5 juta rakyat dewasa Singapura akan mendapat wang tunai sehingga $500 pada Disember di bawah bayaran khas kos hidup yang diberikan sekali sahaja, sebagai sebahagian daripada pakej sokongan bernilai $1.5 bilion yang diumumkan pada Oktober.


Sekitar 2.9 juta rakyat dewasa Singapura juga akan menerima wang tunai sehingga $200 di bawah Pakej Jaminan.


“Ini memastikan bahawa walaupun dengan keadaan inflasi semasa, pakej jaminan akan mengimbangi perbelanjaan tambahan GST untuk kebanyakan isi rumah rakyat Singapura untuk sekurang-kurangnya lima tahun, dengan kira-kira 10 tahun diimbangi untuk keluarga berpendapatan rendah,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Selasa (15 Nov).


Bahagian pertama wang akan diagihkan dari Disember 2022 hingga Februari 2023.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >