Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25 projek HDB siap, 16,000 flat baru diserah pada warga dalam Covid-19

Hanya satu daripada 94 projek BTO semasa terlewat lebih setahun dari Tarikh Penyerahan Pemilikan; pembeli Waterway Sunrise II akan dapat pampasan maksimum tanpa perlu kemuka tuntutan
BTO
Oct 10, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah menyiapkan 25 projek perumahan sejak Januari tahun lalu dan menyerahkan lebih 16,000 rumah baru kepada warga Singapura di tengah-tengah gangguan ke atas industri binaan disebabkan pandemik Covid-19.



Ini terdiri daripada 11 projek yang diselesaikan tahun lalu dan 14 sejauh ini tahun ini.



Lagi lima projek dijangka siap menjelang hujung tahun ini, kata HDB dalam satu kenyataan semalam.



Jumlah 19 projek yang dijangka siap tahun ini itu adalah lebih 70 peratus daripada bilangan projek yang disiapkan tahun lalu, yang terjejas oleh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dan penyambungan kegiatan pembinaan yang perlahan.



Ia juga lebih banyak daripada 17 projek yang diselesaikan setiap satu pada 2018 dan 2019 sebelum pandemik bermula.



Bagi kesemua 25 projek yang disiapkan sejak Januari tahun lalu, masa menunggu ialah antara 2.4 dengan 5.3 tahun, dengan purata 4.1 tahun.



Masa menunggu bagi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang akan disiapkan dari sekarang hingga hujung 2024 ialah sekitar 4.4 tahun.



HDB berkata langkah bantuan dan sokongan pemerintah telah membantu memastikan kelewatan penyelesaian projek BTO disebabkan pandemik hanya satu tahun atau kurang.



Bagaimanapun, sebuah projek BTO, Waterway Sunrise II, mengalami kelewatan lebih dari satu tahun - satu-satunya dalam 94 projek BTO semasa.



Projek itu terdiri daripada tujuh blok perumahan dengan 1,014 flat.



Ia dilancarkan pada Februari 2017 dan pada awalnya dijangka siap antara suku pertama dan kedua tahun ini.



Tarikh siap itu kemudian ditunda ke antara suku pertama dan kedua tahun depan, satu kelewatan selama 12 bulan, disebabkan prestasi kurang baik dan kemudian kegagalan kontraktor asal pada Ogos tahun lalu.



HDB mendapatkan kontraktor baru untuk projek itu pada Oktober tahun lalu.



Disebabkan cabaran seperti kekurangan tenaga kerja dan gangguan ke atas bekalan bahan, projek tersebut dijangka selesai enam hingga sembilan bulan selepas Tarikh Penyerahan Pemilikan (DPD), iaitu tarikh HDB dikehendaki menyerahkan pemilikan flat.



Tarikh siap projek itu sekarang antara suku keempat tahun depan dengan suku pertama 2023, menjadikan tempoh menunggu ke sekitar 5.5 tahun.



Di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara), pembeli flat yang menghadapi kelewatan melebihi DPD boleh mendapatkan pampasan bagi kos yang dialami bagi kelewatan melebihi tarikh itu.



HDB berkata ia akan memberi pampasan maksimum kepada semua pembeli flat dalam projek tersebut di atas kelewatan itu tanpa menghendaki mereka menyerahkan bukti atau tuntutan perbelanjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >