BELANJAWAN 2018: BANDAR KEDIAMAN YANG SELESA, BIJAK DAN HIJAU
$250j diperuntuk bagi kajian dan inovasi, sokong wawasan Negara Bijak
Feb 20, 2018 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan memperuntuk $250 juta bagi usaha kajian dan inovasi, untuk mempertingkat usaha Singapura mencapai tahap pembangunan mampan ke peringkat selanjutnya kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.
Antaranya adalah projek Grid Tenaga 2.0 yang bakal dimulakan tahun ini, yang bertujuan membangun grid arkitektur generasi selanjutnya yang boleh memberi respons pantas dan andal kepada perubahan kepada permintaan dan bekalan tenaga.