SEBANYAK 26 kes baru Zika dikenal pasti sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes yang dikesan di Singapura kini mencecah sebanyak 215.
Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), 24 daripada 26 kes itu disahkan berkaitan kelompok Aljunied Crescent/Sims Drive/Kallang Way/Paya Lebar Way.