Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

27 lagi jejantas di kawasan Toa Payoh, Bendemeer akan ada lif

Sep 20, 2019 | 07:13 AM



PEJALAN kaki tidak perlu lagi naik tangga jejantas di kawasan seperti Toa Payoh dan Bendemeer dalam tahun-tahun akan datang.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) membuka tender bagi membina lif di 27 jejantas pada Khamis (19 September).



Ia akan dibina secara bertahap mulai 2022, sebagai tambahan kepada lif yang akan dibina LTA.



Tiga daripada jejantas yang akan mempunyai lif adalah jejantas di Blok 195 Jalan Toa Payoh, di Lorong 6 Toa Payoh berdekatan Sekolah Awam Pei Chun dan di Bendemeer Road berdekatan Sekolah Rendah Bendemeer.



“Lif selalunya dibina berdekatan institut kesihatan, sekolah atau kemudahan pengangkutan awam… untuk memastikan sistem pengangkutan awam akan sentiasa boleh diakses oleh sesiapa,” tambah LTA.



Setelah siap, sebanyak 103 jejantas yang akan mempunyai lif.



Sejumlah 47 jejantas dengan lif telah dibina semenjak 2013.



Di bawah Pelan Utama LTA 2040, 29 lagi jejantas, termasuk yang berdekatan hospital dan poliklinik, akan dipasang dengan lif menjelang 2022.



LTA berkata lif ini akan membantu membuat perjalanan estet perumahan awam dan infrastruktur sektor awam bebas penghalang.



Dalam jawapan bertulis tahun lalu, Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan berkata pemasangan sepasang lif di jejantas boleh menelan belanja sehingga $4 juta, dan kira-kira $40,000 setahun bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >