Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 anak burung merpati spesies terancam menetas di Taman Burung Jurong

Burung yang dipelihara manusia menjadi tumpuan baru-baru ini, dengan beberapa anak burung menetas di Taman Burung Jurong. Beberapa aktivis haiwan menggesa golongan yang memelihara burung di dalam sangkar agar berbuat demikian dengan cara yang lebih berdaya tahan.
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



TIGA anak burung daripada sejenis merpati yang populasinya terancam di taraf kritikal telah menetas baru-baru ini menerusi program pembiakan pemuliharaan di Taman Burung Jurong.



Populasi jenis merpati itu - dipanggil merpati jantung berdarah Negros - dijangkakan tinggal hanya antara 50 dengan 249 burung yang masih hidup secara liar.



Program pembiakan pemuliharaan itu dilancarkan di Singapura tahun lalu untuk menambah populasi burung asal Filipina itu, lapor The Straits Times.



Sebanyak enam merpati berkenaan - tiga jantan dan tiga betina - telah dihantar ke sini dari pulau Negros, Filipina September lalu.



Pulau itu di mana merpati itu mendapat namanya.



Burung yang dihantar ke sini itu berasal dari sebuah kemudahan pembiakan pemuliharaan yang diterajui Yayasan Talarak Inc (TFI), di Taman Hutan Negros, kota Bacolod.



Taman Burung Jurong dan kumpulan pemuliharaan Mandai Nature telah bekerjasama dengan TFI untuk menyediakan program pembiakan pemuliharaan itu dengan matlamat memulangkan anak burung ke Filipina dan dibebaskan ke tempat tinggal semula jadinya supaya dapat meningkatkan semula populasi hidupan liar itu.



Enam burung itu telah dipasangkan di kemudahan pembiakan Taman Burung Jurong yang tidak dipamerkan kepada pengunjung.



Ia menyambut penetasan anak burung merpati jantung berdarah Negros pertamanya pada 26 November tahun lalu. Lagi dua anak burung telah menetas sejak itu.



Program pembiakan di Singapura itu adalah program pembiakan tunggal bagi jenis merpati tersebut di luar negara asalnya.



Dr Luis Neves, naib presiden bagi Penjagaan Haiwan di Kumpulan Hidupan Liar Mandai, berkata:



"Merpati jantung berdarah Negros adalah antara jenis burung yang paling sukar ditemui di dunia dan kehadiran mereka di Taman Burung Jurong menandakan satu bukti komitmen kami dalam melindungi jenis haiwan ini daripada pupus."



Beliau menambah dengan meningkatnya bilangan jenis haiwan terancam di taman-taman haiwan Singapura, serta kerjasama dengan program pembiakan pemuliharaan negara asal haiwan tersebut, "kami dapat menyumbang kepada perbezaan yang nyata dalam perlindungan jenis haiwan terancam secara kritikal sebelum ia terlambat".



Merpati jantung berdarah Negros disenaraikan sebagai haiwan terancam di taraf kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).



Ia terjejas akibat pemisahan populasi, kehilangan tempat tinggal dan pemburuan haram.



Terdapat lima jenis merpati jantung berdarah yang endemik di Filipina dan Taman Burung Jurong merupakan institusi tunggal di serata dunia untuk memelihara tiga daripada lima jenis merpati itu, iaitu merpati jantung berdarah Negros, Mindanao dan Luzon yang mendapat nama daripada pulau asal mereka.



Merpati jantung berdarah Mindanao disenaraikan sebagai rentan, manakala jantung berdarah Luzon disenaraikan sebagai hampir terancam.



Sehingga kini, merpati jantung berdarah Negros dipercayai sebagai jenis paling terancam.



Kesemua merpati jantung berdarah mendapat panggilan itu daripada tanda berwarna merah di leher seolah darah sedang mengalir keluar dari jantung mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >