Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 anggota keluarga antara 88 suspek pesalah dadah ditahan dalam operasi seluruh pulau: CNB

CNB
Jan 13, 2023 | 07:57 PM



Tiga anggota keluarga adalah antara 88 orang yang ditahan dalam satu operasi antidadah di merata pulau, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Jumaat (13 Jan).


Dadah terlarang  dengan anggaran nilai pasaran  lebih S$56,000 telah dirampas dalam operasi itu yang berlangsung dari 9 Januari hingga 13 Januari di kawasan seperti Chai Chee, Dover dan Lavender.


Pada  Rabu lalu, seorang lelaki berusia 46 tahun dan wanita berusia 47 tahun diberkas di sebuah bangunan komersial di Jalan Bukit Merah kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.


Enam straw mengandungi kira-kira 3 gram heroin dan pelbagai peralatan dadah ditemui daripada lelaki itu.


Kemudiannya,  CNB menyerbu rumah wanita itu dan memberkas suaminya berusia 48 tahun, anak lelaki mereka berusia 18 tahun dan seorang lelaki berusia 50 tahun.


Sebanyak 5g heroin, 28g ganja, sejumlah kecil ‘Ice’ (methamphetamine), dan pelbagai peralatan dadah dirampas daripada unit itu.

Kesemua lima orang itu didapati positif dadah terlarang dalam ujian air kencing.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >