SEBUAH jawatankuasa telah mengemukakan saranan bagi membantu pasangan yang mahu bercerai agar lebih celik berkaitan isu kewangan, perumahan dan sebagainya sebelum memutuskan untuk berpisah.
Saranan Jawatankuasa Semakan dan Mempertingkat Pembaharuan dalam Sistem Keadilan Keluarga (RERF) itu juga diharap dapat mendorong lebih ramai pasangan menjalani kaunseling dan perantaraan sebelum memfailkan perceraian selain memperbaiki program bantuan sedia ada bagi pasangan yang sedang bercerai.