Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 didakwa atas kesalahan rasuah berkait permohonan PR

Oct 10, 2019 | 04:34 PM



SEORANG pegawai khidmat pelanggan di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan rakannya dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (10 Oktober) atas dakwaan telah menerima rasuah.



Mereka berhasrat membantu seorang wanita Malaysia dengan mempercepat proses permohonan untuk menjadi penduduk tetap (PR) Singapura.



Warga Singapura Lucy Teo, 49 tahun, dituduh bersubahat dengan seorang lagi warga Singapura, Sharon Loo Wai Woon, 28 tahun, untuk mengambil rasuah $1,500 daripada Fenny Tey Hui Nee untuk mempercepat permohonannya menjadi PR.



Dalam satu kenyataan bersama, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ketiga-tiga wanita itu dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas kesalahan mereka.



Di bawah Akta Pencegahan Rasuah, Teo dan Loo menghadapi dua tuduhan seorang kerana didakwa telah menerima rasuah, dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda $100,000.



Teo juga menghadapi 20 tuduhan mengakses tanpa kebenaran ke dalam Sistem Maklumat Pengenalan dan Pendaftaran Pusat ICA (CIRIS), di mana jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.



Tey, 24 tahun,  menghadapi dua tuduhan memberi rasuah dan jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda $100,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >