Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lelaki ditangkap setelah rompak,kelar dua wanita di Ang Mo Kio

Sep 24, 2019 | 03:35 PM



TIGA lelaki, antara 37 dan 50 tahun, ditangkap kerana didakwa telah merompak telefon bimbit milik dua wanita, dan mencederakan mereka menggunakan pisau lipat (penknife).



Polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada 3 petang pada Isnin (23 September), bahawa dua wanita telah dikelar menggunakan pisau lipat di Blok 532 Ang Mo Kio Avenue 10.



Lima telefon bimbit milik kededua wanita dan rakan sekerja mereka telah dirompak, dedah polis dalam satu kenyataan pada Selasa (24 September).



Antara 20 dengan 30 pegawai polis kelihatan berada di tempat kejadian, menurut laporan saksi di lelaman Stomp.



Pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio berjaya menangkap lelaki-lelaki itu selepas mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup, dan selepas menyoal orang awam di sekitar kawasan tersebut.



Mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu (25 September) atas kesalahan merompak dengan mengakibatkan kecederaan, yang membawa hukuman penjara antara lima dengan 20 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >